Anda memerlukan perkhidmatan wedding planner dan penyediaan pelamin perkahwinan di Kuala Lumpur? Dengan pengalaman lebih 10 tahun, kami boleh menjanjikan hasil pelamin perkahwinan terbaik untuk majlis Raja Sehari.
Perkahwinan merupakan satu memori indah yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pasangan yang bergelar suami isteri. Ianya juga merupakan acara yang boleh dikatakan sangat keramat dan pastinya detik yang ditunggu-tunggu oleh pasangan pengantin. Jika ia hanya boleh berlaku sekali seumur hidup, ia mesti sesempurna mungkin.
Namun sebuah perkahwinan tidak lengkap tanpa pelamin yang indah serta menarik. Banyak pilihan pelamin yang tersedia seperti pelamin berkonsepkan desa, vintaj, taman, tradisional, pantai, dan lain-lain. Namun pelamin yang mana menjadi pilihan hati anda dan pasangan? Pening juga dibuatnya kan.
Tips Memilih Pelamin Perkahwinan 1 | Lakukan Research Dan Mencari Idea
Sebelum anda membuat pelamin anda, carilah idea atau inspirasi daripada pelamin orang lain. Ini dapat memudahkan kerja anda untuk membuat pelamin anda. Anda juga boleh mencuba benda yang baru dalam menghias pelamin anda dan ini mungkin akan mendapat idea kepada pengantin lain pula.
.
Tips Memilih Pelamin Perkahwinan 2 | Memilih Warna Untuk Pelamin
Anda perlu memilih warna pelamin yang sesuai dengan baju perkahwinan anda. Pastikan anda tidak nampak tenggelam apabila duduk bersanding di atas pelamin nanti. Hiasan untuk pelamin pula, anda boleh menggnakan seperti bunga-bunga, dedaun, kayu atau tekstur linen tetapi jika anda inginkan kelainan, anda boleh mencuba menghias dengan benda yang baru.
Elak juga menggunakan banyak warna pada pelamin dan hiasan hiasan sekeliling pelamin. Ini untuk mengelakkan pelamin nampak sarat, padat dan berserabut. Sebaiknya hanya ‘main’ dengan dua atau tiga warna sahaja.
.
Tips Memilih Pelamin Perkahwinan 3 | Ruangan Pelamin
Sebelum anda mencadang untuk membuat pelamin perkahwinan anda, pastikan anda telah menukar ruang untuk meletakkan pelamin anda. Pastikan ruangan itu sesuai dengan pelamin hiasan anda nanti. Dan jika idea-idea anda tidak sesuai dengan tempat anda, maka anda perlulah fleksibelkan dan memikirkan cara lain untuk menyesuaikan idea anda kepada ruang yang sedia ada.
.
Tips Memilih Pelamin Perkahwinan 4 | Mempunyai Perspektif
Pilihlah perancang perkahwinan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam mengatur perkahwinan. Perancang perkahwinan yang berpengalaman akan mempunyai pengetahuan dan berkemahiran tinggi amat diperlukan bagi menghadapi pelbagai cabaran yang mungkin akan berlaku semasa majlis perkahwinan nanti.
Tips Memilih Pelamin Perkahwinan 5 | Pencahayaan
Tidak semua orang mengambil kira faktor yang satu ini. Pencahayaan juga amat penting dalam pemilihan pelamin anda. Pencahayaan yang betul akan mencipta suasana yang senada dengan tema pelamin malah dapat membangkitkan pancaran romantik mahupun dramatik.
Tips Memilih Pelamin Perkahwinan 6 | Pemilihan Kerusi Sanding
Elak menggunakan kerusi sanding yang terlalu tinggi atau besar sehingga menutupi keindahan pelamin yang sudah dihias cantik. Tetamu yang datang juga tidak dapat menikmati kecantikan pelamin yang sudah digubah indah.
Rancang majlis perkahwinan anda tanpa rasa tekanan! Perancang perkahwinan dan penganjur perkahwinan Kuala Lumpur bersedia untuk membantu anda merancang perkahwinan anda.
Talam Events menawarkan Perkhidmatan Wedding Planner sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang untuk pasangan yang mahukan perkahwinan mereka menjadi elegan, bergaya dan cantik yang tidak mampu dilupakan sama sekali kerana ianya pengalaman sekali seumur hidup.
Menguruskan lebih daripada 200 majlis perkahwinan yang gah dan juga sederhana, Talam Events juga merupakan syarikat yang berdaftar secara rasmi sebagai syarikat penganjur perkahwinan yang sah di Kuala Lumpur. Barisan kakitangan Talam Events mempunyai pengalaman yang luas dalam merancang sesebuah perkahwinan. PelaminKualaLumpur.com berbangga kerana menawarkan perkhidmatan perkahwinan profesional terbaik di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya untuk harga terbaik.
Kami akan membantu anda mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk anda dan tetamu anda. Pasukan kami merupakan pakar dalam perkahwinan dan akan bekerjasama dengan anda untuk menghidupkan visi anda. Sama ada anda mahukan perkahwinan moden atau perkahwinan klasik, kami akan membantu anda mencari konsep perkahwinan yang sesuai untuk memenuhi impian anda.
Perkhidmatan wedding planner mewah kami juga akan memastikan setiap aspek perkahwinan anda sempurna. Daripada perancangan perkahwinan yang terperinci kepada majlis perkahwinan yang sempurna pada hari itu. Pasukan kami akan menguruskan segala-galanya. Anda boleh duduk, berehat dan menikmati hari istimewa anda dengan tanpa rasa risau.
Talam Events bukan kilang perkahwinan, jadi kami puratakan 20 hingga 50 perkahwinan setiap tahun. Ini kerana jika kami mengambil tempahan yang terlalu banyak pada waktu yang sama, kami khuatir tidak dapat menyediakan perkhidmatan tahap tertinggi jika kami melakukan terlalu banyak majlis perkahwinan pada masa yang sama. Biarlah Kualiti mengatasi kuantiti.
Selain itu, Kami menawarkan pelbagai pakej perkahwinan dengan harga yang telus dan kami berbesar hati untuk berbincang lebih lanjut untuk bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda. Kebahagiaan anda adalah keutamaan kami!
Jadi berikut ialah beberapa ulasan Google yang belum diedit daripada pelanggan sebenar.
Biarkan Profesional mengendalikan salah satu momen paling berharga dalam hidup Anda. Jom tengok beberapa idea yang kami sediakan untuk anda. Namun anda masih mempunyai kebebasan untuk melakukan pemilihan tema selain tema perkahwinan Kuala Lumpur yang kami cadangkan di bawah.
#1 TEMA PERKAHWINAN TRADISIONAL MELAYU
Hiasan perkahwinan trandisional akan sentiasa bergaya pada bila-bila masa. Anda dan pasangan anda boleh terus mengekalkan budaya dan masih kelihatan romantis pada hari bersejarah ini. Perkahwinan yang bertemakan tradisional tidak semestinya bermakna kuno, sebenarnya ia adalah detik untuk anda memahami tradisi.
#2 TEMA PERKAHWINAN VINTAGE
Diilhamkan oleh masa lalu, tema ini mempamerkan butiran antik, pakaian berinspirasikan vintage, renda, mutiara dan sentuhan glamor seperti perabot vintage. Tema ini pasti memukau anda dan tetamu yang hadir, ini kerana tema ini mempunyai suasana majlis yang unik.
#3 TEMA PERKAHWINAN MINIMALIS
Tema minimalis ini adalah tema yang sesuai untuk anda yang tidak suka kelihatan glamor. Hiasan perkahwinan minimalis bermaksud hiasan ringkas. Nampak simple tapi tetap elegant. Hiasan ini akan menjadikan tumpuan tetamu tertumpu kepada pasangan yang akan berkahwin berbanding kemewahan perkahwinan.
#4 TEMA PERKAHWINAN GARDEN/TAMAN
Hiasan perkahwinan bertemakan taman membuatkan anda dan pasangan kelihatan seperti berada di dunia yang tersendiri. Ini merupakan tema perkahwinan yang popular di Malaysia pada masa kini. Tema ini selalunya di hiasi dengan tumbuhan-tumbuhan hijau dan bunga-bungaan.
#5 TEMA PERKAHWINAN PANTAI
Pantai adalah tema perkahwinan yang terhebat. Namun anda harus mengenal pasti lokasi yang bersesuaian. Lokasi adalah penting kerana sesetengah pantai adalah awam jadi anda perlu memastikan anda memilih lokasi yang mengambil kira beberapa privasi. Anda juga tidak memerlukan banyak hiasan, kerana laut adalah latar belakang yang luar biasa dengan sendirinya.
#6 TEMA PERKAHWINAN FAIRY TALE
anda pernah mengimpikan kisah dongeng dan tidak tahu di mana hendak bermula, kami sedia membantu mencapai impian anda. Sama ada anda ingin mencipta suasana yang benar-benar ajaib atau hanya menambah beberapa sentuhan indah seperti dalam buku cerita, kami akan bantu.
Kami disini menyediakan pelbagai reka bentuk pelamin mengikut konsep tema anda. Antara konsep pelamin yang kami sediakan ialah:
1. Pelamin Bunga Segar:
Hiasan pelamin yang dihiasi dengan bunga-bungaan segar dan warna-warna yang menusuk pandangan sehingga terpukau mata-mata yang memandangnya. Elemen yang digunakan untuk pelamin bunga segar adalah Bunga-bungaan segar seperti ros, peony, atau lili; Gabungan bunga yang tergantung atau meliar; Bakul
.
2. Pelamin Minimalis dengan Backdrop Geometri
Konsep yang bersih dengan backdrop geometri dan elemen-elemen minimalis. Elemen yang digunakan berbentuk Struktur geometri seperti segi tiga atau hexagon; Warna-warna neutral dan monokromatik selain hiasan minimalis seperti tumbuhan kecil atau lilin.
.
3. Pelamin Pengantin Moden
Gaya moden dengan garisan bersih, pencahayaan moden, dan warna monokromatik. Elemen yang digunakan ialah pelamin dengan garisan bersih dan bentuk moden; Pencahayaan moden seperti lampu LED atau lampu gantung futuristic dan hiasan minimalis dengan sentuhan logam.
.
4. Pelamin Rustik
Pelamin rustic merupakan campuran kayu, warna tanah, dan hiasan yang memberikan suasana kampung atau rustic. Pelbagai elemen yang digunakan termasuklah Elemen kayu kasar atau palet kayu; Lampu-lampu gantung yang tergantung dari tali atau ranting kayu dan hiasan seperti papan tanda kayu atau bekas tin.
.
5. Pelamin Industrial
Gaya industri sinonim dengan penggunaan logam, palet warna gelap, dan elemen-elemen kasar. Antara elemen yang sering digunakan ialah penggunaan logam seperti paip atau besi buruk; Palet warna gelap dan warna terbakar seperti hitam atau kelabu dan Lampu-lampu gantung yang bersifat kasar.
Anda mesti teruja dengan tema dan konsep pelamin kami yang sangat menarik dan mepersonakan. Kami berharap anda dapat mencari tema dan pelamin yang sesuai mengikut cita rasa anda.
Anda ada pelbagai idea untuk direalisasikan? Jom kongsikan idea perkahwinan anda dengan kami.
TALAM EVENTS, Jalan Diplomatik, Presint Diplomatik, Putrajaya, Malaysia
TALAM EVENTS (003127798W)
TALAM EVENTS, Jalan Diplomatik, Presint Diplomatik, Putrajaya, Malaysia
Open today | 10:00 am – 04:00 pm |
Ditutup pada Cuti Umum Kerajaan Persekutuan
Copyright © 2024 Pelamin Kuala Lumpur | Wedding Planner Kuala Lumpur - All Rights Reserved.
TALAM EVENT SERVICES (003127798W)
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.